pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri Aziz: Hadi Bentang RUU355, Tapi Status Kini Masih Tergantung
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk mem...

KUALA LUMPUR: Dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkenaan pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat selepas diganggu beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Namun penangguhan perbahasan RUU355 itu bermaksud statusnya masih belum jelas sama ada diterima atau tidak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, RUU yang dibentangkan Abdul Hadi itu akan dianggap sebagai rang undang-undang persendirian.

Nazri yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata urusan kerajaan akan terus diberi keutamaan.

"Speaker mesti beri kebenaran. Ia bukan automatik (rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi dipanggil)," katanya.

Nazri berkata rang undang-undang itu hanya boleh bergerak ke hadapan jika usul tersebut dicadangkan untuk dibahaskan dan diundi.

"Jika beliau tidak mendapat undi yang diperlukan, maka ia akan berakhir di sana, tapi jika ia mendapat undi, maka kerajaan perlu mengambil alih rang undang-undang itu."Ini kerana untuk meminda RUU355, ia perlu datang dalam bentuk rang undang-undang kerajaan," katanya.

Nazri berkata kerajaan menyatakan dengan jelas bahawa Barisan Nasional (BN) akan berpegang kepada semangat permuafakatan dan tidak akan mengambil alih rang undang-undang itu.

Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), yang juga seorang peguam berkata rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi hanya akan kekal dalam Kertas Perintah.

"Ia boleh kekal di sana tanpa apa-apa berlaku kepadanya untuk tempoh masa yang lama," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top