pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN , 17 Feb - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa memberi perhatian terhadap pembangunan sekolah-sekolah ag...
KUANTAN, 17 Feb - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa memberi perhatian terhadap pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri ini daripada beriya-iya benar mahu membeli Hotel MS Garden yang berharga RM50 juta itu. Demikian ditegaskan oleh seorang guru di sebuah sekolah agama di sini. Beliau berkata, tindakan MUIP mahu membeli hotel tersebut memang tidak menjadi kesalahan atas nama pelaburan. Namun biarlah pelaburan yang lebih afdal seperti membaik pulih institusi agama sedia ada diutamakan terlebih dahulu. "Kenapa perlu beli hotel, jika hal ehwal agama Islam masih tidak dijaga dengan baik. Banyak sekolah agama kerajaan dan rakyat (SAR) di negeri ini masih berada dalam keadaan yang cukup daif dan perlukan bantuan kewangan. Tapi, sampai sekarang ia masih tidak diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk MUIP sendiri", katanya. Laporan yang PDO terima memang benar majoriti sekolah-sekolah agama (kerajaan) dan agama (rakyat) di negeri ini memang ketinggalan zaman. Malah ada diantara sekolah terbabit begitu azab dan sengsara. terutamanya melibatkan asrama para pelajar. Menurut seorang bapa pelajar di sebuah sekolah agama di bandar ini, pernah satu ketika beliau menghantar anaknya masuk penggal baru persekolahan tiba-tiba melihat begitu banyak ayam bertelur dan menjadikan reban di atas almari bilik asrama berkenaan. "Bayangkan, dalam bilik asrama boleh ada reban ayam. Itu belum termasuk tilam, cadar dan almari pelajar yang cukup uzur dan tidak terjaga. Malah ada diantara pintu almari yang sudah tercabut dan terkopak sana sini. Saya sendiri terpaksa ke bandar untuk beli paku dan sebagainya untuk dibaik... apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya!", kata beliau.


Daripada MUIP sibuk mahu membeli hotel ini, maka lebih baik pihak terbabit
bangunkan semula sekolah-sekolah agama di seluruh Pahang sebenarnya

kerana itu lebih penting jika benar mahu tingkatkan syiar agama Islam

Sebenarnya, isu ini sudah lama berlarutan dan hingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya walau pun Kerajaan Negeri Pahang dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam. Nampak jelas kelihatan, MUIP lebih mengutamakan pelaburan yang menguntungkan di dunia daripada yang keuntungan akhirat. Kedaifan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang kini bukan asing bagi para pelajar dan ibubapa mereka. Namun, mereka sudah tiada tepat lagi untuk mengadu hatta kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-Guru (PIBG) sekolah-sekolah terbabit. Sebelum ini PDO ada mendedahkan cadangan MUIP mahu membeli Hotel MS Garden, yang kemudiannya mendapat campurtangan daripada Yang Di Pertuanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hasilnya, baki RM45 juta yang sepatutnya dibayar menggunakan duit zakat tertangguh atas arahan baginda. Mujurlah baginda prihatin dengan pendedahan panas ini. Jika tidak sudah pasti wang zakat digunakan.

[Justeru, MUIP digesa mengkaji keperluan untuk memperbaiki sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahi membeli hotel terbabit. Bayangkan, dengan wang sebanyak itu rasanya sudah pasti para pelajar sekolah terbabit dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. Malah, andainya wang RM1 juta digunakan untuk mendirikan sebuah sekolah agama di semua daerah di Pahang ini, jumlahnya baru sekitar RM11 juta dan jauh lebih rendah dari RM50 juta yang perlu digunakan untuk tujuan komersial itu. Persoalannya, kenapa ini tidak berlaku?. Maka, pihak yang bertanggungjawab di MUIP digesa memberi perhatian terhadap isu terbaru yang kami dedahkan ini. Laporan susulan akan menyusul kemudian dan kami akan siarkan isu ini secara eksklusif. Jika tidak, sudah pasti sekolah-sekolah agama di negeri Pahang akan terus terpinggir dari arus pembangunan sejak dulu, kini dan selamanya. Soalnya, kenapa pemimpin Melayu yang sepatutnya berjuang untuk isu ini gagal memainkan peranan sepatutnya demi agama Islam itu].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, February 17, 2012 5:31:00 PM

Itu pun nak kecoh ker..beli paku sebatang tukul pulak tak ada..adoiii...jgn cakap aje cuba senaraikan sekolah mana yang teruk sangat tu..setakat cerita kosong apa ke jadahnya..asyik nak bang MUIP je..tak cuba minta bantuan dari agensi lain ke..Kalau nak buka story tu biarlah jelas-dan terang..

Anonymous said... Friday, February 17, 2012 10:23:00 PM

pendidikan bukan di bawah tanggungjawab MUIP wehh...kem pendidikan yang bertanggungjawab... saya hairan kenapa kerajaan pahang enggan serah sekolah2 agama kepada pusat? kalau tak mampu serah pada TS Muhyiddin - dia dah offer nak ambil alih semua sekolah agama. yang kesiannya guru2 di sekolah2 tersebut, susahnya nak naik pangkat. pengetua2nya pulak ramai perempuan sbb kan pelajar2 naik minyak.

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 12:48:00 PM

Hotel MS elok di jadikan sebuah Kolej universiti Islam Kawasan Timur....apa macam?

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 3:15:00 PM

Setuju....jadikn kolej/universti islam...Selmatkn duit baitulmal dan duit zakat....cambahkan ilmu pendidikan islam...

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 3:21:00 PM

Dalam bak ni, klu muip tak leh tolong tak taulah...klu taknak tolong, baik hentikan kutip duit zakat..orang tak marah. nak tanya pasal tanggungjawab, slein dari kerajaan negeri, agensi lain, nape lak muip takleh bagi??? institusi muip terkecuali ke? SekolAH TU kan sek agama juga...salah ke klu muip bantu??? faedah kepada anak2 kita juga....kepada syiar agama kita juga....

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 3:35:00 PM

Pihak sekolah nak sangat klu kerjaan pusat ambil alih....kerajaan pahang pun suka...tapi dengar citer ada pihak lain lak menentang...tu pasal MOU tak selesai2 lagi...cuba PDO siasat siapa yang menetang tu...apa alasan dia..cuba tanye JAIP.

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 3:40:00 PM

PDO..cuba siasat....berapa RM, MUIP dapat sebulan dengan pelaburan beli hotel tu.....kot rugi je....nak tau gak, harta umat islam ni..

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 6:00:00 PM

Kalau betul pendidikan Islam bukan di bawah tanggungjawab MUIP, sekarang ia dah jadi tanggungjawab MUIP. Sebab, sekolah agama antara asnaf Fi Sabilillah yang BERHAK mendapat bahagian dari zakat. Macam mana MUIP boleh kutip zakat ikut undang-undang TUHAN tapi nak agih zakat ikut undang-undang manusia? Pihak MUIP jangan buat macam ni, tak tertanggung nanti di Akhirat. Agihkan zakat pada yang berhak, kalau tak jumpa, cari sampai jumpa sebab itu tanggungjawab MUIP sebagai Amil.

Anonymous said... Sunday, February 19, 2012 6:25:00 PM

YA LAH.. TOLONG LAH SAR BAITULHUDA CENDERAWASIH, KUANTAN. SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH DI GUNAKAN LAGI. IBU BAPA DAN PENDUDUK ISLAM CENDERAWASIH MERAYU PIHAK MUIP TOLONG SELESAIKAN SAR BAITULHUDA CENDERAWASIH, KUANTAN. KALAU TAK SIAP JUGA KITA BUAT HOMESTAY UNTUK PENDATANG PENDATANG SAJA LAH.

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:30:00 PM

MUIP focus lah kepada agama, kpd pendidikan, fakirmiskin, muallaf dan sebagainya...jgn selak nak niaga sangat....duit tu ada hak2 nya...

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:35:00 PM

Ya lah....pastu nak tanya...dulu MUIP ada tubuh Saham Wakaf...kutip sana sini duit dari orang ramai..janji nak buat macam2...tapi sampai sekarang tarak apa pun buat...habuk je.cam makan GAJI BUTA JE peg dia....mana duit tu??? asyik2 pakai duit zakat duit baitulmal utk melabur...guna lah duit wakaf tu utk SAR...

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:36:00 PM

a'aah lh...betul betul betulllll....

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:44:00 PM

pada pandangan aku la...MUIP dimata aku la...bkn agih zakat tp x aabes2 beli aset yang mendatangkn pelaburan,belli kenderaan pastu excndt sna sini, melancong luar negara sana....Golongan miskin byk terbuang....klu tgk program basmi kemiskinan lum tntu MUIp ada sertai semua nk berjmput sdgkan dh mmg tngjwb...

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:49:00 PM

pooooooodah...........

Anonymous said... Monday, February 20, 2012 2:53:00 PM

klu hendak projek baik je dengan pegawai MUIP yang di KTN tu..Yang difitnah makan komisyen tu... Non muslim pn x pe..tp kena baik nye runding la agak2nya..kuikuikui....

Anonymous said... Tuesday, February 21, 2012 12:44:00 PM

ikhlas...aku rasa MUIP kena ambik pandangan dan teguran orang ramai....MUIP ada hak, tapi orang ramai juga ada hak bersuara...jaga lah keharmornian agama dan penggunaan wang umat islam sebak-baiknya...elakkan dari kontroversi..

Anonymous said... Tuesday, February 21, 2012 3:04:00 PM

Tahun ni kita tak payah bayar Zakat....kita bayar kat sekolah ugama...sekolah Tahfiz....orang mintak sedekah kat Pekan sari....tepi Bank bila cukup bulan....benda lagi....!beri kat saudra mara yang susah....papa kedana...Orang Asli...

Anonymous said... Sunday, February 26, 2012 4:35:00 PM

SETUJU.........xyah bayar kat MUIP..klu xbayar kt tempat yang ko cakap tu, kita bayar je kat majlis ugama negeri lain....

 
Top